Wednesday, November 30, 2016

Tips Mudah Menyusun LR

Assalamualaikum w.b.t
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan buku "Expediting Your Quantitative Research" karangan Dr.Ruziah Ghazali dan buku "Tulis Tesis Cepat" karangan Dr.Othman Talib (Dr.OT).
Menulis LR atau tinjauan literatur ini memang perlu efisien & sistematik.
Sebab apa?
~mudah utk kita @ pemeriksa fahami kajian yg akan dijlnkan secara menyeluruh
~mengisi kelompongan yg terdapat dlm kajian lepas
~mudah utk membina kerangka teori (theoritical framework)
Bukan mudah utk menyusun LR walapun beratus² artikel kita download (sampai tak sempat nak baca ^_^), berjilid² buku kita pinjam di library, akhirnya LR ke mana, memulakan bab 2 sangat² sukar (sebab sv asyik tegur & suruh redo analysis)
Tips yang sy boleh ringkaskan:
1)  Pengenalan: penerangan tentang kajian secara umum & ringkas, cthnya: strategi, fokus/skop, matlamat & utk kajian kuantitatif (populasi kajian)
- Gambaran ringkas perkara yang akan anda bincangkan dlm bab 2 (ingat! Bahasa yang mudah difahami & concise (short & informative)
2) Latar belakang/konteks kajian (cth: pengajaran bahasa Arab & perkembangannya)
-utk anda kaji isu terbaru (keberkesanan pengajaran, strategi X utk pengajaran dll)
Cth: Terjemahan sari kata & perubahannya @ tafsir ma'thur dan evolusinya (terangkan secara umum hingga anda simpulkan dengan kajian yg akan dilakukan)
cth:
-status terkini kajian Y
-pemboleh ubah yg mempengaruhi kajian Y
-ukuran yg digunakan kajian Y
(Utk melihat kaedah, reka bentuk & instrument yg digunakan dlm kajian lepas)
~Inilah yg dinamakan gap LR, isu yg masih kurang@masih belum diketengahkan
FYI: Actually bukan isu baru pun klu kajian dlm islamic studies ni, sbb ulama' dulu dh analisis & bincangkan, cuma kita perlu susun & organize dlm kerangka era skg  (Teringat lecturer hadith sebut, البحث : الجمع والترتيب)
So, kumpulkan, susun dan uruskan data sebaiknya dlm 5 bab
3) Teori @ model: penting untuk membina kerangka kajian anda
Cth : model komunikasi dlm quran (mulakan dgn sumber primer,sekunder : quran, hadith, dll) teori pengajaran & pembelajaran bahasa, model piramid MacIntyre
-keluarkan segala jenis teori yg berkaitan dgn kajian anda!
4) Terangkan pemboleh ubah tidak bersandar (IV), bersandar (DV)@pertengahan (moderating)@ pengantara (mediating) ikut subheading (subtema)
Cth:
-aplikasi @ kaedah X, strategi, keberkesanan teknik Y, hubungan gaya bahasa X (IV)
-pencapaian pelajar, tahap kefahaman pelajar smka (DV)
-hubungan tahap A terhadap tahap B, C, D, E (cth: E sbg pemboleh ubah pertengahan@pengantara : utk analisis dgn SEM)
~Tips ini utk kajian kuantitatif, spt objektif kajian mengenalpasti (tahap perbezaan, perbandingan, kolerasi, hubungan, pengaruh, kesan & peramal)
~Bagi kajian kualitatif, bole summarize kajian yg akan dijlnkan
cth: Berdasarkan kajian lepas..isu Y masih belum dikaji dlm kitab, tafsir..(bg analisis kandungan)
5) Terangkan hubungan antara pemboleh ubah, utk membina hipotesis:
Cth:
-gaya bahasa X didapati mempunyai hubungan yg signifikan, pengaruh positif terhadap pencapaian pelajar
-tahap pembelajaran qiraat terhadap kefahaman pelajar
(Analisis kajian² lepas berkaitan hubungan IV dan DV, moderating, mediating)
~bagi yg xnak nyatakan hipotesis: boleh terus summarize bab ini
6)Kesimpulan : ringkaskan analisis LR dengan bahasa yg jelas & concise
Alhamdulillah, selamat mengambil ibrah..saya juga masih belajar, ada silap kita bincang nanti^_^
(maaf, format lari sbb post blog guna hp biasa² je .hihi)
-Rahmah Borham
UKM, Bangi
30/11/2016
#editingchapter2&3
#developinginstruments
#readingmethod&analysisbooks

Monday, November 28, 2016

Gambar Terbalik

Assalamualaikum w.b.t

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Hari ini abg Affan belajar ambil gambar terbalik. Selalu berangan sendiri ambil gambar olok² (pegang hp tapi tak on, pegang pembaris atau apa² barang berbentuk segi empat untuk ambil gambar ummi, walid & adik)..

Nampaknya sel² di otak abg Affan sedang berhubung..Ummi tidur, diam² dia ambil gambar adik. Gambar terbalik pulak tu. Adik pun layan je abg Affan. Hihi

Alhamdulillah moga Allah kurniakan kesihatan fizikal, mental, rohani & jasmani buat anak² ummi.

Bersabar dan berusahalah mengawal marah saat anak² menimbulkan pelbagai kerenah. Zaman kanak² mereka tidak lama, penuhilah dengan didikan, adab dan kenangan yang indah²..^_^

Friday, November 25, 2016

Bergelar pelajar 'Master'?

Assalamualaikum w.b.t
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Bismillah..Sudah lama rasanya tidak menulis secara santai. Hari demi hari sibuk membaca, menterjemah, menulis dan menganalisis fakta-fakta dalam bahasa asing. Naik biru mata ni ^_^..Mesti pembaca tertanya-tanya susah ke sambung belajar? Best ke bergelar pelajar Master?

Sungguh..bergelar sebagai pelajar postgraduate (Master) mixmode (kelas+disertasi) bukan sekadar komitmen, kerajinan  yang perlu tinggi, tetapi kesabaran juga perlu optimum. 2 semester berhempas pulas dengan coursework (kelas), jatuh bangun, sedih, gembira hanya Allah yang tahu. Masih teringat lagi, seawal jam 7.30 pagi siap menghantar Affan Shatibi terus ke UKM. Kelas bermula jam 8 pagi, pensyarah memang rajin, sharp pukul 8 pagi he will start his lecture. Pagi tu agak kelam-kabut (me and clumsy can’t be separated ^_^), masa berbaki 10 minit untuk ke kelas, mula la merempit, unfortunately, ada sebuah kereta masuk simpang sebelum Teras Jernang dengan sesuka hati. Innalillah..sempat mengelak dari kena langgar, tapi diri sendiri yang terjatuh..Alhamdulillah tiada luka atau cedera, cuma sakit urat, lebam-lebam. Perjalanan diteruskan, masa berbaki 5 minit (dah macam masuk race!). Tepat pukul 8 pagi sampai UKM, kelas kosong, they told me our class was cancel! LailahaillAllah, La hawla wala quwwata illa billah..
Susah ke sambung belajar? Yes, definitely hard bagi sesiapa yang nak menguasai bidang pengkhususannya dan menceburi bidang penyelidikan. Kedua-duanya tak dapat dipisahkan, untuk menjadi master in the field of study@scholar (عالم) penyelidikan, kajian perlu dilakukan supaya kita belajar menjustifikasi, mencari sebab musabab @ menghukum sesuatu setelah analisis/penelitian dijalankan. Itulah proses tabayyun. Jadi, tanya diri sendiri, istikharah sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pengajian anda di peringkat yang lebih tinggi.
Masih belum terlambat untuk memikirkan berbaloikah duit beribu-ribu yang dilaburkan? Masa selama 2 tahun yang diperuntukkan dan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan jika tidak dapat menghabiskan belajar on time atau terpaksa berhenti belajar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Fikir, buat pertimbangan bermula saat ini:
-Niat sambung belajar
-Misi untuk menjadi ‘alim dalam bidang
-Visi menyumbang dan mengislah ummah
“Orang kata belajar untuk tambah ilmu dan pengalaman, susah cari kerja sekarang, better belajar (dapat sponsor myBrain)+dapat zakat utk yuran, sara diri dan kolej (cthnya di UKM)”. Yes, it depends on your intention. Kemudahan yang ada perlu digunakan sebijak-bijaknya. Walaupun ada setengah orang yang menjadikan ‘sambung belajar’ sebagai alasan tidak dapat pekerjaan, bagi saya dia perlu belajar semula “adab menuntut ilmu”.
Mungkin benar dengan kegawatan ekonomi dan persaingan dalam pekerjaan sekarang, peluang pekerjaan semakin sukar. Tetapi apa pun, perlu didasari dengan adab, agar ada bezanya kita dengan ‘non-Muslim scholars’. Adab menuntut ilmu perlu ada niat yang betul. Niat menuntut ilmu kerana Allah natijahnya InsyAllah baik, diberkati dan dipermudahkan setiap langkah perjalanan itu. Jadi, masih sempat jika kita yang baru mendaftar, di pertengahan semester atau di akhir semester untuk meluruskan dan membetulkan niat menyambung belajar.
~Sambung belajar kerana nak naik pangkat@gaji besar
~Sambung belajar untuk dapatkan title “doctor”@lecturer
~Sambung belajar kerana masih menganggur, better isi masa dengan sesuatu yang berfaedah
~Sambung belajar kerana nak nampak cool as a student
Saya tidak menafikan ayat-ayat di atas mungkin pernah terdetik di hati kita @ berlegar-legar di fikiran kita. Tetapi untuk mendalami, menguasai dan menyantuni sesuatu ilmu itu perlu niat, misi dan visi yang jelas serta terarah dalam landasan Quran & Sunnah.  Sesuai dengan hadith Nabi s.a.w :“Seseorang akan memperolehi sesuatu perkara itu setimpal dengan niatnya”..(Mutafaq 'alaih)
Susahnya sambung belajar kerana kita masih belum bersedia..Benar, tanyalah diri sendiri adakah aku sudah bersedia?:
~membaca berjilid-jilid kitab Arab, mengkaji Al-Quran dan tafsir, hadith-hadith, berjilid-jilid buku sarjana barat, jurnal-jurnal ilmiah yang ditulis dengan pelbagai gaya (bahasa bombastic)
~Melayari Ammu.Google atau sumber-sumber di internet untuk memahami istilah-istilah, ilmu-ilmu baru dalam bidang yang dikaji
~Bersedia menyertai bengkel-bengkel analisis dan tips menulis tesis pantas yang mahal cthnya MPWS Training Sdn.Bhd (agar mahir menggunakan analisis SPSS, Rasch, SEM, Atlas ti. Etc dan mencapai G.O.T (Graduate on Time).
~Kerap berjumpa dengan penyelia untuk mendapatkan bimbingan, ilmu dan pengalaman menguasai bidang kajian, menulis dan menyiapkan tesis, bersedia juga untuk dikritik dan dikomen (cthnya kena redo proposal, editing tesis, reading+reading+reading, organize your literature review, clear your constructs,  selagi belum dapat greenlight, no data collection, correction berkali-kali =( )  
~Bersedia dihentam, dipertikai, dikritik kajian kita dalam  pembentangan di seminar-seminar yang menggunakan medium 3 bahasa (Melayu,Inggeris & Arab)
~Menelaah kitab, puisi-puisi atau karya dari sumber-sumber turath (terdahulu), kontemporari, sumber dari barat dan tempatan untuk menguasai bidang kajian
~Bersedia menghasilkan karya-karya ilmiah seperti wacana, artikel ilmiah, buku, kertas kerja seminar, jurnal (ISI, SCOPUS, ERA) dsb agar penulisan tidak hanya terkubur di dalam disertasi atau tesis
Itu semua persediaan dari sudut material atau luaran, namun secara ruhaniah atau dalamannya, “Sudah bersediakah untuk menjadi salah seorang ‘alim (sarjana) yang bertaqwa dalam bidang anda?”
Allah Ta’ala berfirman:
( إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ )
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para Ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surat Fathir: 28)
'Ulama : "Orang Alim adalah yang takut kepada yang Maha Pemurah berkaitan perkara yang Ghaib, menyukai apa yang disukai oleh Allah, dan menjauhi apa-apa yang mendatangkan kemurkaan Allah" (Al-Hasan Al-Basri)
Andainya masih belum bersedia untuk menghadapi kesukaran-kesukaran itu, lupakan niat untuk sambung belajar? Pilihan di tangan antum. Memulakan sesuatu perlu ditamatkan hingga akhirnya, walau berpuluh-puluh jam masa yang diperuntukkan, walau berbulan-bulan masa yang terbuang, perjalanan sebagai seorang ‘pelajar’ perlu diteruskan.
Mujahadah! InsyAllah kita mampu tersenyum bangga di akhirnya. Agar kita juga mampu memberikan hadiah yang terbaik buat insan-insan tersayang yang sanggup berkorban, menyokong dan tidak putus-putus mendoakan sepanjang perjalanan kita bergelar “pelajar”, dan yang paling utama belajar dan terus belajarlah hingga ke akhir hayat kita walau bukan wasilahnya dengan degree, Master@ PhD dsb.
Alhamdulillah, rasa tenang bila dapat mengekspresi sesuatu di blog ini. Saya juga pelajar yang masih belajar, mengutip hikmah-hikmah dan himmah (semangat) sepanjang bergelar pelajar ‘Master’. Sekadar perkongsian dan pandangan dari diri yang masih menuntut ilmu Allah.  
“Selamat Mengambil 'Ibrah
-Rahmah Borham
Kajang Selangor
26/11/2016

#lambatgradeadahikmahnya
#sabardanteruskanmelangkah